Thursday, 24 November 2011

Tingkatkan Pengetahuan Berbahasa Kita...

Erti, Takrif Dan Contoh Ayat Kata Kerja Pilihan....

1.   memanipulasikan
     erti :  mengendalikan dengan baik
    takrif  : mengendalikan atau mengatur dengan baik dan cekap hingga menjadi seperti yang dikehendaki.
   ayat    :  Dia begitu pandai memanipulasikan rakan-rakannya sehingga mereka mengikut arahannya.

2.  menengadah
     erti :  mendongak
     takrif :  memandang ke atas, mengangkat kepala dan mendongak.
     ayat   :  Ketika berdoa, dia menengadah memohon keredhaan Ilahi.

3.  menyelisik
     erti   :  membersihkan
     takrif :  membersihkan rambut dengan mencari kutu.
     ayat  :  Sambil bersembang, dia menyelisik rambut anaknya.

4.  memilin
     erti   :  memintal
     takrif  :  memintal dengan jari, menjadikan berpilin.
     ayat   :  Setiap hari dia memilin sabut untuk dibuat tali.

5.  mencernakan
    erti  :  menghadamkan
    takrif :  menghadamkan atau menghancurkan makanan hingga larut dan dapat diserap ke dalam darah.
    ayat   :  Makanan yang diambil dicernakan dalam usus.

6.  meracau
     erti   :  merepek
    takrif :  bercakap-cakap tak tentu fasal ketika demam dan sebagainya.
    ayat   : Pada malam itu dia meracau, suhu badannya tinggi.

7.  mengotakan
     erti   :  menunaikan
    takrif  :  menepati janji atau berpegang teguh pada kata-kata.
    ayat   :  Walau apa pun, seboleh mungkin kita hendaklah mengotakan janji-janji yang telah kita buat.

8.  memancakan
     erti  :  menyelang-nyelikan
    takrif  :  menyelang-nyelikan jari tangan dengan jari tanagan yang lain.
    ayat   :  Sungguh gembira kanak-kanak itu bermain sambil memancakan jari.

9.  menuding
     erti  :  menunjuk
    takrif  :  menunjuk dengan jari, tongkat dan sebagainya ke sesuatu arah.
   ayat   :  Beria-ia benar dia menceritakan kisah kemalangan itu sambil jarinya menuding ke tempat kejadian tersebut.

10.  mencempung
       erti   :  mengangkat
      takrif  :  mengangkat atau membawa dengan memeluknya
      ayat   :  Dia mencempung kanak-kanak yang kesakitan itu ke dalam rumahnya.

No comments:

Post a Comment