Pages

Thursday 24 November 2011

Tingkatkan Pengetahuan Berbahasa Kita...

Erti, Takrif Dan Contoh Ayat Kata Kerja Pilihan....

1.   memanipulasikan
     erti :  mengendalikan dengan baik
    takrif  : mengendalikan atau mengatur dengan baik dan cekap hingga menjadi seperti yang dikehendaki.
   ayat    :  Dia begitu pandai memanipulasikan rakan-rakannya sehingga mereka mengikut arahannya.

2.  menengadah
     erti :  mendongak
     takrif :  memandang ke atas, mengangkat kepala dan mendongak.
     ayat   :  Ketika berdoa, dia menengadah memohon keredhaan Ilahi.

3.  menyelisik
     erti   :  membersihkan
     takrif :  membersihkan rambut dengan mencari kutu.
     ayat  :  Sambil bersembang, dia menyelisik rambut anaknya.

4.  memilin
     erti   :  memintal
     takrif  :  memintal dengan jari, menjadikan berpilin.
     ayat   :  Setiap hari dia memilin sabut untuk dibuat tali.

5.  mencernakan
    erti  :  menghadamkan
    takrif :  menghadamkan atau menghancurkan makanan hingga larut dan dapat diserap ke dalam darah.
    ayat   :  Makanan yang diambil dicernakan dalam usus.

6.  meracau
     erti   :  merepek
    takrif :  bercakap-cakap tak tentu fasal ketika demam dan sebagainya.
    ayat   : Pada malam itu dia meracau, suhu badannya tinggi.

7.  mengotakan
     erti   :  menunaikan
    takrif  :  menepati janji atau berpegang teguh pada kata-kata.
    ayat   :  Walau apa pun, seboleh mungkin kita hendaklah mengotakan janji-janji yang telah kita buat.

8.  memancakan
     erti  :  menyelang-nyelikan
    takrif  :  menyelang-nyelikan jari tangan dengan jari tanagan yang lain.
    ayat   :  Sungguh gembira kanak-kanak itu bermain sambil memancakan jari.

9.  menuding
     erti  :  menunjuk
    takrif  :  menunjuk dengan jari, tongkat dan sebagainya ke sesuatu arah.
   ayat   :  Beria-ia benar dia menceritakan kisah kemalangan itu sambil jarinya menuding ke tempat kejadian tersebut.

10.  mencempung
       erti   :  mengangkat
      takrif  :  mengangkat atau membawa dengan memeluknya
      ayat   :  Dia mencempung kanak-kanak yang kesakitan itu ke dalam rumahnya.

Uji Pengetahuan Kosa Kata Anda...

Uji pengetahuan kosa kata anda dengan memilih jawapan yang betul bagi kata kerja berikut.

1.  menganduh
    a.  memotong  b.  membalut  c. menggantung  d. merawat
    Jawapan : _______

2. menyeduh
    a.  merendam  b. memerah  c. mengeruhkan  d. membersihkan
   Jawapan : _______

3.  merengsakan
    a.  memanaskan  b.  masuk  c. mengasyikkan  d.  mengganggu
   Jawapan :  _______

4.  melindap
    a.  menyerap  b.  menurun  c.  menjadi kurang terang  d.  padam
   Jawapan : ________

5.  bercanda
    a.  bernyanyi  b.  bersenda gurau  d.  tidur  d.  bertumbuk
    Jawapan : ________

6.  merembeskan
    a.  melibaskan  b.  mengeluarkan  c.  menyakitkan  d.  membasuh
   Jawapan : ________

7.  menggetah
    a.  mencuri getah  b.  memotong getah  c.  menangkap dengan getah  d. menanam getah
   Jawapan : _______

8.  menggarap
    a.  mendarab  b.  membuang  c.  mengusahakan  d.  membaca
   Jawapan : ________

9.  menyagang
   a.  menyandarkan  b.  menjunjung  c.  menyandang  d.  membawa
   Jawapan : ________

10.  menggilis
   a.  menggiling  b.  membunuh  c.  melanggar  d. menggelek
   Jawapan : ________


Jawapan yang betul.......?

Tunggu selepas ini...!

Jawapan Uji Pengetahuan Kosa Kata Anda

1.  menganduh - c. menggantung
     takrif  :  mengikat supaya tergantung.
     ayat   :  Doktor terpaksa menganduh kaki pesakit yang tercedera dalam kemalangan itu.

2.  menyeduh - a. merendam
    takrif  :  merendam sesuatu dalam air panas.
    ayat   :  Setelah menyeduh herba-herba itu beberapa lama, dia pun meminum air seduhannya.

3.  merengsakan - d. mengganggu
    takrif   :  menyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang.
    ayat    :  Abuk yang berterbangan di udara mungkin merengsakan mata.

4.  melindap - c. menjadi kurang terang
    takrif   :  menjadi kurang terang atau malap (tentang api dan sebagainya)
    ayat    :  Api pelita itu melindap kerana kekurangan minyak.

5.  bercanda - b. bersenda gurau
    takrif   :  berbuat atau mengatakan sesuatu untuk bersuka-suka, bergurau-senda.
    ayat    :  Hidup kita tentu membosankan jika kita terlalu serius dan tidak bercanda.

6.  merembeskan - b. mengeluarkan
     takrif   :  mengeluarkan bahan cair dari sel, kelenjar dan sebagainya.
     ayat    :  Hati merembeskan hempedu untuk membantu menghancurkan makanan.

7.  menggetah - c. menangkap dengan getah
     takrif   :  menangkap burung atau sebagainya dengan menggunakan getah.
     ayat    :  Pagi-pagi lagi, dia telah keluar pergi menggetah burung.

8.  menggarap - c. mengusahakan
    takrif   :  mengusahakan atau melaksanakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
    ayat    :  Bertahun-tahun mereka menggarap projek itu dengan tekun dan tabah.

9.  menyagang  - a. menyandarkan
     takrif   :  menyandarkan atau meletakkan pada kayu dan sebagainya yang dipasang condong.
    ayat     :  Setelah lama berjalan, mereka berehat dan menyagang senapang masing-masing.

10.  menggilis  -  d.  menggelek
      takrif   :  menggelek atau menindih dengan benda yang bergerak.
     ayat     :  Mangsa yang digilis keretapi itu langsung tidak dapat dikenali.

Bahasa Melayu Tahun 4

Tajuk :  Pengalaman di Gunung Machincang  (Buku Teks Halaman 88)

1.  Kemahiran Berbahasa:
    1.2 Aras 1 (ii)    Mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan maklumat
    1.4 Aras 1 (i)     Memilih serta menggunakan kata ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.
    1.4 Aras 1 (ii)    Menggunakan mimik muka yang sesuai semasa mengemukakan permintaan.
    1.4 Aras 1 (iii)   Memohon pertimbangan untuk memenuhi sesuatu permintaaan.

2.  Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
     1.  Guru menunjukkan gambar tempat-tempat pelancongan.  Guru bersoal jawab dengan murid tentang tempat-tempat tersebut.
     2.  Murid memberikan pandagan untuk melihat sejauh manakah murid ingin melawat tempat-tempat yang telah diperkatakan itu.
     3.  Murid diminta membina soalan berkaitan dengan topik yang dibincangkan sebelum mengemukakannya di hadapan kelas.
     4.  Secara berpasangan, murid diminta berlakon; seorang murid menjadi ibu atau bapa dan seorang lagi menjadi anak.
     5.  Murid bersoal jawab dan berbincang tentang gambar-gambar yang dipaparkan.
     6.  Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai murni.

3.  Cadangan Jawapan :

     1. Contoh soalan :  - Di manakah letaknya Gunung Machincang?   
                                     -  Cantikkah tempat itu?        
                                    - Berapakah harga tiket untuk menaiki kereta kabel itu?

     2.  Guru meminta murid mengemukakan soalan kepada rakan-rakan di hadapan kelas.

     3.  Permintaan yang sesuai : - Bolehkah kita menaiki kereta kabel itu?    
                                                  -  Bolehkah kamu tinggikan laras bunyi televisyen itu?   
                                                  - Bolehkah ambilkan gambar kami berdua?

4.  Murid menunjukkan mimik muka :
         - Merayu (memujuk untuk menaiki kereta kabel).
        - Gembira (berjaya memujuk bapa untuk menaiki kereta kabel).

5.  Menyatakan keinginan :
        - Ibu, saya ingin menyertai lawatan sekolah.
       -  Ayah, saya belum pernah pergi ke tempat itu.
       - Ayah, berilah saya peluang untuk menyertai lawatan itu.

Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 4

Tajuk  :  Alam Ceria Kita Selesa.

1.  Kemahiran Berbahasa :
     Mendengar dan Bertutur :
     4.3 Aras 2 (i)   Memberikan pendapat dengan alasan tentang sesuatu topik.
    4.3 Aras 3 (i)   Menyokong sesuatu tajuk dengan mengemukakan hujah yang bernas.

2.  Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
     1.  Guru menunjukkan gambar kawasan tempat tinggal yang kotor dan membincangkannya dengan murid.
                                      
    2.  Murid diminta membayangkan keadaan diri mereka jika hidup di kawasan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
    3.  Secara berkumpulan, murid-murid diminta berbincang tentang :
         - Sebab keadaan seperti dalam gambar berlaku.
         - Tindakan untuk mengubah keadaan dalam gambar.
         - Apa akan berlaku jika keadaan seperti dalam gambar berterusan.
    4.  Ketua setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan.
    5.  Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai murni.

Thursday 17 November 2011

Betapa kompleksnya fungsi bahasa....

Pada hakikatnya bahasa adalah rahmat Tuhan kepada manusia.  Walau apa pun cara orang mengkaji 'peraturan-peraturan' bahasa, namun bahasa dalam penggunaannya mewakili kemampuan manusia mengungkap dan menyatakan nilai dan makna budaya dan kemasyarakatan.  Hampir semua orang dapat bercakap dan yang tahu menulis pula dapat merekodkan bahasa dalam bentuk tulisan.  Namun begitu, bukan semua orang dapat menyatakan apa yang dirasa dan yang difikirkannya dengan sempurna.  Walaupun setiap orang menggunakan bahasa, namun tahap kemampuan menyatakan rasa dan pemikiran kepada orang lain berbeza-beza.
Apakah faktor yang membezakan kemampuan yang dikatakan tadi?  Perbezaan ini sebenarnya berpunca daripada kemampuan yang berbeza-beza dalam penguasaan dan penggunaan makna budaya dan kemasyarakatan yang dikatakan tadi.  Sebagai contoh, untuk meminta seseorang menutup pintu bilik kita apabila dia masuk, berbagai-bagai cara pengucapan dapat digunakan; antara termasuklah:
         1.  Tolong tutup pintu
         2. Tutup pintu
         3.  Sila tutup pintu
         4.  Tutup pintu itulah!
         5.  Boleh tutupkan pintu?
         6.  Kalau pandai buka pintu, tahulah tutup balik!
Kesemua ujaran di atas serupa maksudnya iaitu meminta supaya pintu ditutup.  Ayat ke 5 misalnya, daripada segi strukturnya berupa ayat tanya, tetapi daripada segi fungsinya bukan bertanya sebaliknya 'meminta'.  Begitu jugalah contoh ujaran yang ke 6. Ujaran itu mungkin bertujuan menyatakan kemarahan, atau pun mungkin digunakan untuk tujuan menunjukkan kemesraan kepada seorang sahabat yang amat karib.
Kesemua contoh di atas menunjukkan betapa kompleksnya fungsi bahasa.  Berbagai-bagai ujaran dapat digunakan hanya untuk meminta seseorang melakukan sesuatu, tetapi ujaran yang berbagai-bagai ini harus pula sesuai dengan situasi yang wujud pada masa ia digunakan.  Oleh sebab itu, untuk membolehkan seseorang berkomunikasi dengan orang lain secara berkesan, maka kemahiran mengenai kesesuaiannya dengan situasi budaya, haruslah dikuasai terlebih dahulu.

Kata Pinjaman Inggeris; beberapa prinsip ejaannya

1.  Huruf a dalam BI (Bahasa Inggeris) tetap a dalam BM (Bahasa Melayu):
     contoh:     album   tetap    album
                     plastic      "       plastik
                      radio        "       radio
                    stadium     "       stadium

2.  Bagi kata-kata yang telah lama terserap ke dalam BM,
       a             menjadi                e
      acre               "                    ekar
      agent              "                   ejen
      allowance        "                 elaun
      apple              "                  epal
      grade              "                   gred
      packet            "                   peket
      kecuali ball yang menjadi bola.

3.  ai dalam BI menjadi e dalam BM
    campaign         "            kempen
    mail                  "            mel
    mosaic             "            mozek
    portrait           "            potret
   kecuali kata trailer yang tetap dieja trailer.

4.  Huruf au dalam BI tetap au dalam BM
    audit                tetap              audit
    auditorium         "                  auditorium
    autonomy          "                  autonomi
    automatic           "                  automatik
   kecuali August yang menjadi Ogos.

5.  Huruf c (sebelum vokal a, u, o dan huruf konsonan) yang dilafazkan sebagai k, menjadi k
     classic                   menjadi              klasik
     coat                             "                    kot
    cocoa                           "                     koko
    coffee                           "                     kopi
    oscar                            "                    oskar
    cube                             "                    kiub

Sunday 13 November 2011

Kata Nama Khas

- Ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut nama manusia, haiwan, benda dan tempat.

Contoh :
Kata Nama Khas manusia -
              
       Aznil Nawawi                             Salena Gomez           
Kata Nama Khas haiwan -   
     Sang Singa         Sang Rusa

Kata Nama Khas benda -
                                      
             
  Kamus  Newbie Internet       Nokia                                  Proton      


Kata Nama Khas tempat -

        
Stadium Merdeka                     Bukit Bendera             Lebuh Acheh                           

 

Saturday 5 November 2011

Sistem Bahasa

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan nama manusia, haiwan, benda dan tempat secara am atau umum.

 
Guru, murid


Contoh :
i.  Kata nama am untuk manusia -                                                                                                                                

 



                                        


 ii. Kata nama am untuk haiwan - contoh:

 

iii.  Kata nama am untuk benda ;  contoh -
Beca


                                                                              

 iv. Kata nama am untuk tempat ; contoh -