Perkataan Makna
1. kemas i. rapi
ii. erat
Ayat : i. Rumahnya sentiasa kemas.
ii. Adik memegang tangan ibu dengan kemas.
2. lanjut i. panjang
ii. mendalam
Ayat : i. Dia masih kelihatan muda walaupun usianya telah lanjut.
ii. Cikgu akan menjelaskannya dengan lebih lanjut.
3. jalan i. tempat lalu lintas
ii. cara menyelesaikan sesuatu perkara
Ayat : i. Jalan ke Kampung Aman akan diperlebar.
ii. Mereka masih ada jalan untuk menyelesaikan perkara itu.
4. pusat i. tumpuan pelbagai kegiatan
ii. di tengah-tengah
Ayat : i. Universiti itu merupakan pusat pengajian tinggi yang terkenal di Malaysia.
ii. Rumah setinggan di pusat bandar itu akan dirobohkan.
5. larut i. menjadi cair
ii. telah jauh
Ayat : i. Gula yang dimasak itu masih belum larut.
ii. Dia masih belum tidur walaupun telah larut malam.
6. anggota i. bahagian tubuh
ii. ahli
Ayat : i. Sebahagian daripada anggota badannya telah lumpuh.
ii. Sukiman berminat menjadi anggota bomba.
7. makan i. memamah serta menelan makanan
ii. memerlukan masa
Ayat : i. Kami sekeluarga selalu makan malam mengikut waktunya.
ii. "Kerja-kerja membaiki jambatan itu makan masa yang lama," kata jurutera itu.
8. besar i. tidak kecil
ii. penting
Ayat : i. Rumah orang kaya itu sungguh besar.
ii. Mereka datang membawa hajat yang besar.
9. kawat i. berbaris
ii. dawai
Ayat : i. Latihan kawat sedang diadakan di padang itu.
ii. Bapa membeli kawat berduri untuk membuat pagar.
10. tua i. lanjut usia
ii. sudah hampir masak
Ayat : i. Nenek masih kuat walaupun sudah tua.
ii. Buah-buahan yang sudah tua itu perlu dipetik.
No comments:
Post a Comment