maksud: kelopak mayang
takrif : kelopak pembalut mayang kelapa atau mayang pinang
ayat : Mereka sangat gembira, seorang duduk di atas seludang dan seorang lagi menariknya.
2. sempurung
maksud : corong lampu
takrif : tabung kaca penutup nyala lampu; corong lampu daripada kaca
ayat : Sempurung dipasang pada pelita itu supaya apinya tidak padam ditiup angin.
3. suar
maksud : isyarat dengan api
takrif : nyala api yang digunakan sebagai isyarat
ayat : Tentera-tentera itu memberi suar untuk memberitahukan tempat mereka berada
4. saf
maksud : barisan
takrif : susunan beberapa orang atau benda yang merupakan deretan garisan lurus.
ayat : Semasa sembahyang berjemaah, jarak antara makmun tidak boleh terlalu renggang hingga putus saf.
5. senggang
maksud : lapang
takrif : tidak sibuk; lapang; terluang
ayat : Kerana terlalu sibuk, jarang-jarang mereka ada waktu senggang untuk berbual
6. selampit
maksud : penglipur lara
takrif : orang yang menghibur
ayat : Para penonton terhibur dengan persembahan Tok Selampit itu.
No comments:
Post a Comment