Pages

Thursday 24 November 2011

Jawapan Uji Pengetahuan Kosa Kata Anda

1.  menganduh - c. menggantung
     takrif  :  mengikat supaya tergantung.
     ayat   :  Doktor terpaksa menganduh kaki pesakit yang tercedera dalam kemalangan itu.

2.  menyeduh - a. merendam
    takrif  :  merendam sesuatu dalam air panas.
    ayat   :  Setelah menyeduh herba-herba itu beberapa lama, dia pun meminum air seduhannya.

3.  merengsakan - d. mengganggu
    takrif   :  menyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang.
    ayat    :  Abuk yang berterbangan di udara mungkin merengsakan mata.

4.  melindap - c. menjadi kurang terang
    takrif   :  menjadi kurang terang atau malap (tentang api dan sebagainya)
    ayat    :  Api pelita itu melindap kerana kekurangan minyak.

5.  bercanda - b. bersenda gurau
    takrif   :  berbuat atau mengatakan sesuatu untuk bersuka-suka, bergurau-senda.
    ayat    :  Hidup kita tentu membosankan jika kita terlalu serius dan tidak bercanda.

6.  merembeskan - b. mengeluarkan
     takrif   :  mengeluarkan bahan cair dari sel, kelenjar dan sebagainya.
     ayat    :  Hati merembeskan hempedu untuk membantu menghancurkan makanan.

7.  menggetah - c. menangkap dengan getah
     takrif   :  menangkap burung atau sebagainya dengan menggunakan getah.
     ayat    :  Pagi-pagi lagi, dia telah keluar pergi menggetah burung.

8.  menggarap - c. mengusahakan
    takrif   :  mengusahakan atau melaksanakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
    ayat    :  Bertahun-tahun mereka menggarap projek itu dengan tekun dan tabah.

9.  menyagang  - a. menyandarkan
     takrif   :  menyandarkan atau meletakkan pada kayu dan sebagainya yang dipasang condong.
    ayat     :  Setelah lama berjalan, mereka berehat dan menyagang senapang masing-masing.

10.  menggilis  -  d.  menggelek
      takrif   :  menggelek atau menindih dengan benda yang bergerak.
     ayat     :  Mangsa yang digilis keretapi itu langsung tidak dapat dikenali.

No comments:

Post a Comment