Pages

Monday 10 October 2011

Ayat

Ayat :
      - Ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
      - Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad banyaknya. Namun daripada jumlah tersebut ayat-ayat terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu : i. ayat dasar  dan ii. ayat terbitan
            Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti atau ayat mudah yang boleh membentuk atau menerbitkan berbagai-bagai ayat yang lain yang disebut ayat terbitan atau dalam istilah ilmu bahasa moden disebut ayat transformasi.
         -  Setiap ayat, baik ayat dasar mahupun ayat terbitan mengandungi berbagai-bagai jenis atau ragam ayat seperti;
                 - ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat aktif, ayat pasif, ayat gabungan dan sebagainya.

("Tatabahasa Dewan Jilid 1" ; Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood)

No comments:

Post a Comment