Pages

Monday 24 October 2011

Tanya Jawab Bahasa

Tanya :   Adakah ayat-ayat ini betul atau salah daripada aspek tatabahasa?

               1.  Kanak-kanak memang suka alat permainan.

               2.  Kanak-kanak memang sukakan alat permainan.

               3.  Kanak-kanak memang suka akan alat permainan



Jawab  :  Perkataan suka ialah kata kerja tak transitif. Oleh hal yang demikian, kata kerja ini tidak
boleh terus diikuti oleh objek.
Daripada tiga ayat tersebut, hanya ayat nombor 3 sahaja yang betul iaitu :

                         Kanak-kanak memang suka akan alat permainan.

Kata sendi akan perlu ada sesudah kata kerja tak transitif suka sebelum objek alat permainan.
Ayat kedua salah kerana sukakan membawa maksud menjadikan suka. Oleh itu sukakan alat permainan bermaksud menjadikan alat permainan itu berasa suka.

))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
             

Tanya : Dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu perkataan itu patut dibubuh "i", dan bila pula patut digunakan "kan" ?
Misalnya : 1.a.  Matlamat utama menjalani sesuatu kegiatan di kawasan itu ialah untuk memupuk semangat berdikari di kalangan tertentu.
                   b.  Matlamat utama menjalankan sesuatu kegiatan di kawasan itu ialah untuk memupuk semangat berdikari di kalangan tertentu.

                2.a.  Cik Hasnah akan mendalamkan ilmu psikologi ke sebuah universiti luar negeri.
                   b.  Cik Hasnah akan mendalami ilmu psikologi ke sebuah universiti luar negeri.
Apakah perbezaannya?

Jawab :  Kedua-dua ayat 1a dan 1b betul tetapi maknanya berbeza. Dalam ayat 1a, penutur sendiri turut serta dalam kegiatan di kawasan itu.  Sebaliknya,dalam ayat 1b, penutur mungkin hanya mengadakan kegiatan untuk diikuti ataupun dijalani oleh orang lain sedangkan dia sendiri tidak terlibat.

Ayat 2a salah kerana mendalamkan bermaksud menjadikan dalam.  Tidak mungkinlah ilmu psikologi dapat didalamkan.  Yang dapat didalamkan ialah perigi ataupun sungai.  Misalnya : Pihak yang berkenaan telah mendalamkan sungai itu supaya airnya tidak melimpah pada musim hujan.

Ayat 2b betul kerana mendalami bermaksud bahawa Cik Hasnah ingin menambah pengetahuannya dalam ilmu psikologi.

No comments:

Post a Comment